Tuesday, 29 November 2011

Bagaimanakah Kaedah Penanaman Betik?

0
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSJMuK_tQFCLD-MFuKcmGFjaSWTBkUiZyx9ndJjnVZZ9JWJk4jzVLphtJ516IhulKrSAtH0bbJvw6wdyZuQwtL75pFT4ZDUVygFr1k5cd6k2eicDx9S4IwxPFsBcH6-NHDTQG1-7yTqJ3d/s320/pokok+betik.jpg


Ciri-ciri kawasan yang sesuai untuk penanaman betik

 Tanah gembur, subur dan banyak humus (bahan organik)
• Dataran rendah. Tidak bersesuaian untuk kawasan yang dataran tinggi kerana betik lambat tumbuh dan rasa buah menjadi kurang manis. 
•  Betik juga akan mudah diserang penyakit di kawasan yang tinggi kerana kelembapan udara yang tinggi.

Cara Penanaman Betik
Semai biji betik terlebih dahulu
Selepas 2 minggu, anak pokok betik mula tumbuh.
Anak pokok mula dipindah ke kebun apabila berusia 30 hingga 40 hari
Sehari sebelum penanaman betik, batas yang hendak digunakan bagi menanam betik perlulah disiram terlebih dahulu sehingga basah


Read more

Monday, 28 November 2011

Kegunaan Betik

0
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsjQRm9iA6QnT5pqJEKOR4RODFSIpPVy2TwtDA1jesTh0w2AocH384ei0j4gF8Gn20tw3HioQUByDUpwS1HT2MtTLj0kvWnDSeh5JCt29hIdqqpN6UYsStgZBrrSxZK41FBlstcuvwVIzP/s400/gubahan-halwa-betik-tanpa-bakul-e1261914916580.jpg

  • Halwa atau Manisan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4lThXcFaAPjvR8Fs-wRfSu3aV-9wWqEZo7zOFn2Sc09seGLR24aIAox-hkY6dDmxck5KdqVupCiE6CmCVhaGGLFIhkj_eQQkKV58Au62IgfbbFTkcz9KSCRKJ6nZd9xD29-T-XzPodDwS/s1600/papaya-juice.jpg

  • Jus Betik
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheWzv8xj1SsWN_cNVvSJ7IBcAafg-s7JH8V0_bAY5fUGcIMHOYrkkDpTAokk2mkqXr0lBHzuyAsuAusH-QYGzkBN7civMagd-f6hC9i_ITXoxD3xCpRNU4dYS4s045CeGqdCm6g7_6ShD9/s320/DSC01541.jpg

  •  Gubahan hantaran perkahwinan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5_Td174Jsdk2cGVRPmYW6sZ-tXKax6DzkoZ4vKtENoAyK7eUn3KwXJzIjfkgAXQrgc-cfx-f-EC8ZO0BVYQb7wuv7W1IPaK1dub6oXMYRtso-_giNWw_ftFQ1lRMHfD6bWDGB90ll6fVz/s320/jeruk+betik.jpg

  • Jeruk Betik
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5BBlX8s9nfQ1D8mW7Qs92WcAiEuXBs-BPkxdJ5Rfx-74BkIUuYHF0snVCuRdb_xg5d03yGWUFChACy63aWfKHRUtCNDJ1llKUiA-_DUatqXvg103BshX30Xm7InkDpOPJhhtgHA1O_v7W/s320/1211506235625.jpg

  • Soft Candy

Read more

Sunday, 27 November 2011

Apakah Khasiat yang Terdapat Dalam Betik?

0
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRpn9J3hoZfX4LrchxneV6EEeQ0l8g5BhOmKQtwyXoBsT3k8A5Lx89dsqV2IIW9Z4-3yjbW2KDU540dKEc8VpZ6J4CK2DauBwX60vCD19OHllnM4qgJt4XuWZuH4HkDauDbyIgi8q3tDfV/s400/daun+betik.jpg

1) Daun
  • air perahan daun betik muda dapat dijadikan sebagai ubat malaria, kembung perut dan perangsang nafsu makan terhadap kanak-kanak.
  • daun yang muda dicampur dengan temu hitam, garam dan air dan diminum untuk mengubati demam panas.

2) Bunga 
  • dijadikan ulam dan juga jamu penambah nafsu makan.

3) Getah betik (papain) 
  • dijadikan bahan kosmetik dan turut digunakan dalam industri makanan sebagai penyedap daging.
  • getah betik disapu pada kutil atau ketuat untuk menghilangkannya.

4) Batang, daun dan biji 
  • digunakan dalam bidang farmasi sebagai bahan-bahan ubatan. 

Read more

Buah Betik (Carica Papaya L.)

0
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQJIXj-VcpuYtWiuCJneyR2H9rTyPfDpVp2RejmREZPEKtEeY0sok-Jmi2o4J95ViAIU-RAvntrbS86HqOPuWY1d2z6p9ueKAV07ukz5DiXd3smlzDRTUIFAqjzW3OxFeYi5ws0haWmdgP/s400/papaya.jpg
Buah Betik (Carica Papaya L.)




Negara Asal Betik 
Mexico Selatan.

Ciri-ciri Buah Betik
1) Bentuk - lonjong, bulat, silinder
2) Saiz - mini, kecil, besar sederhana (pelbagai saiz)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvGwy9N-XO6wj-sfOtsuVzEHLJZ6bYUP4m7FHni3x8PGFs89xKEzwECLmQiHuxdpW_3Y8rB2OEXQYWZF5D6TXOcwioSm8E6hX1O2sAwPovsZtZqdnh1g4ML8a7TiZoKUudURL-GyKPgAJG/s1600/buah_betik.jpg

3) Warna kulit - hijau muda, hijau tua, kuning. (kulit nipis)
4) Daun yang bercorak dan lebar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPVLOnA6_I9zXsidjwJE0qUNOxqyePfLv5hjw5AR7FkyZ2K_6CntyiLuTL-tOJHhb3zZI6f5TJ8OvyOUQb3ZGLijx22B5DLpO91gp7PcsI9m1C1IbIIHFjaGqa6FL1HErGmcJ4PSXoE3Mg/s320/daun+betik.jpg

5) Mempunyai bunga

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUncI2YUxLeiaUR6-DtntpFOpBanALhyphenhyphen2afmFnLdTCS1P91bmFpFlRPN0Ras69Q8rujvANwCMcRconZniMh0WpxwU5Y77MlclLtgfjGDR2M59f2iFBvqMzoKlGrh98y6UCRyF5Y5Ln1_K6/s320/bunga+betik.JPG

6) Isinya mempunyai rasa yang manis, tidak pahit atau bergetah dan berbau harum. 
7) Jangka Hidup - 2 Tahun
  
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqRr2xkT1nfJpsVzJ2qSJYfGlcGKYBu0YwSu2PMu_2KkBUFIK_VdGhHYGafN89ZvqFGqBabWJAOhVwoV71oo7E7H-qSp96kxG8WrYh7MRYqarMloTyEFb7_6P44znlDLDJlgleIgkjerUn/s320/pokok+betik.jpg











Read more

Thursday, 24 November 2011

Kegunaan Jambu Batu

0
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifz6vowF6Nuef1I3jezyNFIsOaksq24COcEa4Qulsa0RZeSlQtRlq2zw70DfnYfsmunwwrT0z7iCbJK2nXahnm_nLd-KibYOnlFcOj_HHdrbQfGFt2nkto5khUYe7iTFeZZMFrUs5wnxaM/s400/rojak.jpg
Rojak 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAxIu5BurgZtSHdn9CjGP55qEQST9uYcsd0boH3dQ-UnRC5Kv0l2WFP0OBXEvMYF0ZgUkw4FuM1gwJucHMbPjDQcPIZCJT6XE66bc_qg325VvQ4Ed2wcW45-jcK7jzrLcRJdrCNzHc6X4i/s400/Kordial+Jambu+Batu+Merah.jpg
Kordial Jambu Keluaran HPA


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhv5nJffuziCEPkjiGNgW1FsI1DgRbDr9cPzxQTexi_37h8SrKvgUC3aelcHJDUqCYx5LURI7mApjRR62XZkHkpYxu6YojC_d1Fgyurkw9C6KUsZBzjnh_-mqyVPrAoNm2XJm1SyGWA6vpF/s400/jusjambubiji.jpg
Jus Jambu Batu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiO8SyS0CBOjTsYstTDXNHa1Dz7heXFcDVs2Cxuc-5-7OD7KCQR44xUQxo94BlxzjigRlKmOygsQ8tNGQL_pKHn01VyipgmNzYqqxi-RWKTtqenP6g_xGtXrj6VyUZhd9k8mFE70RL7BEk/s400/PC062273.JPG

  • Isinya dibuat rojak, jus atau kordial jambu batu, jeli, gula-gula, dodol dan sebagainya

  • Daunnya dijadikan sebagai bahan penganti minuman teh

  • Batang jambu batu dijadikan ukiran patung, pemegang cangkul, hulu parang, sabit, pisau, pemahat, tasbih dan juga alat pemukul gamelan

  • Batangnya juga dijadikan arang kerana sangat bagus dijadikan bahan bakar dan harganya lebih mahal berbanding arang kayu yang lain

Read more

Wednesday, 23 November 2011

Bagaimanakah Kaedah Penanaman Jambu?

0

Terdapat banyak kaedah penanaman jambu batu, antaranya adalah penanaman secara vegetatif.

Kelebihan Penanaman Secara Vegetatif

- Penghasilan buah yang berlaku adalah sama dengan induknya

 Tanaman lebih cepat berbuah

Kaedah Penanaman

(1) Cantuman Baji

(2) Cantuman Tunas

(3) Kaedah Tut

(4)Keratan Batang
Read more

Adakah Jambu Batu Mempunyai Khasiat?

0

(1) Rebusan daun atau pucuknya dimakan untuk mengubati sakit perut.

(2) Pucuk jambu batu digiling hingga halus, dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air, kemudian disapu pada muka setiap pagi dan malam untuk menghilangkan bintik-bintik hitam atau jagat.

(2) Daun, kulit, dan akar jambu batu digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit manusia seperti cirit-birit, berak berdarah dan demam.

(4) Di Filipina, teh daun jambu batu digunakan untuk membersihkan luka dan dijadikan alat berkumur untuk merawat gusi bengkak dan sakit gigi.

(5) Di Indonesia, jambu batu dimakan bagi menambah sel-sel darah putih bagi mengubati penyakit demam denggi berdarah.

(6) Di Malaysia, air rebusan daun jambu batu digunakan sebagai ubat cacing.

(7) Kulit dan daun juga digunakan sebagai emenagog (emmenagogue) bagi merangsang pengeluaran haid.

(8) Di Perak, kulit dan daunnya digunakan semasa melahirkan anak untuk mengeluarkan uri.

(9) Buah ini dipercayai dapat mengurangkan atau menghalang hipertensi, tekanan darah tinggi dan selesema.

Read more

Jambu Batu (Psidium Guajava L.)

0


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH6w70IgUdf9swa5MrkeBr80NsXN7Yf8YkA-HACBYFxwWnM8PWAb2Sdka2OjUVBZ-rRSzy1CspBoBDYDgVILnz56g9Z0JWWw2WEdQ05q71mhyA2Jp3ad76r9TC-VIv-rnOidbGpDDSv6p6/s400/jambu_batu.jpg

Negara Asal Jambu Batu
Amerika Tropika.

Sejarah
Ditemui oleh Nikolai Ivanovich Vavilov (penjajah Sepanyol) sewaktu ekspedisi penjelajahannya ke negara-negara Asia, Afrika, Eropah, Amerika Selatan dan Soviet Union.

Ciri-ciri Jambu Batu
1) Ketinggian pokok antara 3 hingga 10 meter dan mempunyai dahan yang banyak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbPzc5oOnGikUVCN_HBZjzQRmwT-HRmFwFvfZnYEUt5PFY3eoyuRZ8cZwr41G1D4eMYUE9WMmb8ys5tdddScRbtwgLKsKNjdaEjdKBQXiyX076XwrIpDzntjD4xD57kEaDsX-V1HlhyOMF/s320/jambubatu.jpg
Pokok Jambu Batu
Gambar diperolehi dari : http://teknologipertanian.com

2) Usia tanaman adalah sekitar 30 hingga 40 tahun

3) Batang jambu batu liat, tidak mudah patah, kuat dan padat

4) Daun berbentuk bulat memanjang, bulat lurus atau bujur dengan hujungnya berbentuk tumpul dan bulat dipangkalnnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg55d2j8zPK-z5CB87xm9I7TGQraSWw1VC-m3jjTls-ggmvYR2Bx5Zqqm3dv2b92iXT1vhtTVNtGlRwkx4OK2NEMWZFmPTodZZnplYKpdXnDtpehbbRpk-UOF0Ja5WyACR9pyCpyNIC8YWj/s320/jambubij.jpg

5) Mempunyai bunga yang keluar di celah-celah daunnya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGpSL27dJAuvyZXL-WdpvVvrDXENUfsBpMOtOohTsfv2yE4a1n090zJrf_oXwVd_Q3giFWOSWV5M_yNm-h72MZg0bP0mtS6lG2lu9nb7J4Zz18d6DicQJdfHUHo9i8OwxqdYw0OoXqMS48/s320/mini_8.JPG
Bunga Jambu Batu Putih

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmfQVuRCFQnv_ioM6P6Ehc4rH1mTNjba87tPaXVraG67fDNb2oZy2NF7NybvKxGCV1zXj4LloH73OKg9Hr5vFQ3Xx56C1cqqAV3XUl-VDB-EgfNkdgjxO5frvEeihNqGXtWBQYIV3Yk_DI/s320/guava5.jpg
Bunga Jambu Batu Merah
6) Saiz buah yang berbeza-beza dipengaruhi jenis baka, sistem pengurusan, cuaca, jenis tanah dan kesuburan pokok

7) Buah muda berwarna hijau tua dan bertukar kepada warna hijau muda dan kuning apabila masak.

8) Isi buah berwarna putih, merah muda atau kuning keputihan.

9) Rasanya manis, masam manis atau berasid dengan aroma yang harum ketika buah sudah masak atau matang

10) Mempunyai biji yang banyak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSgWp6URhPmUoCMxqeb_E4RWtkTlc5e7g3EdQM-Sf8c2aLWQUPUMezI6nz-TO_WT7f6MZ9e127fQqPDY8HbeZQqPOa6OgO36OXxoS3Otp39TkO2kHgDLP4Ml2Z7whedWfqH6aXqp52abGc/s320/jambu+2.jpg


Read more

Sunday, 20 November 2011

Cara Untuk Memilih Durian

0
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVbQIhZ7KXjQvHAH4NvZGquhlZSzBxz1TuFn7PMhGYl0kdwQrcogFFBdn16nn6NK1BqnpDb1H3RPU3MehEBeGHCieVR2RSzhKiQ8p7d0xVnSUiK0fLpukUFTWc33guBQnqPJroOqI4NUo/s400/durian+king+knizam.jpg

(1) Pilih buah yang ringan. Buah yang ringan mempunyai kulit yang nipis tetapi isi yang tebal.

(2) Goncang buah durian dekat telinga. Jika kedengaran isinya berlaga antara satu sama lain dan bunyinya kosong, itu tandanya isinya kuning dan elok.

(3) Perhatikan kulitnya. jika ada lubang, itu menunjukkan ada penggorek di dalamnya. Jika retak di hujungnya, itu menunjukkan isi buah tersebut terdedah kepada angin dan menjadi masam serta tengik

(4) Mengurut kulit durian tersebut dengan  jari bagi menghasilkan bunyi. Bunyi dalam nada yang rendah dan kosong menandakan buah itu masak elok. Jika bunyi tinggi, buah itu belum masak atau separuh masak

(5) Buah yang bengkok mempunyai ulas yang tebal dan bilangan biji yang sesuai dengan mutunya.


Read more

Khasiat yang Terdapat pada Durian

0
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYmkey0Ibzk2a5NMbTOg-dH3tZ4zylkebhqD6MCYqr3LQW0oNXlPTKMtJTZkEcib0y0Zwrc2e9txF1dUOj7zx-58bhY3IxGCy-CJVjQIrtKs3g93MoZ_xhgqt2fw-znJ8AK_LDEGW5PXk/s400/313708133_57fe202d48.jpg

Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.

Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144 

Sumber: http://thesecretmedicines.blogspot.com

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-buah-durian.html#ixzz1eEpYo1dJ

Read more
 
Copyright 2011 Tinta Maya Cekgu Qaseh. Designed by Cute Templates Blogger.
Thanks to: Link 1, Link 2, Link 3.