Wednesday 23 November 2011

Adakah Jambu Batu Mempunyai Khasiat?


(1) Rebusan daun atau pucuknya dimakan untuk mengubati sakit perut.

(2) Pucuk jambu batu digiling hingga halus, dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air, kemudian disapu pada muka setiap pagi dan malam untuk menghilangkan bintik-bintik hitam atau jagat.

(2) Daun, kulit, dan akar jambu batu digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit manusia seperti cirit-birit, berak berdarah dan demam.

(4) Di Filipina, teh daun jambu batu digunakan untuk membersihkan luka dan dijadikan alat berkumur untuk merawat gusi bengkak dan sakit gigi.

(5) Di Indonesia, jambu batu dimakan bagi menambah sel-sel darah putih bagi mengubati penyakit demam denggi berdarah.

(6) Di Malaysia, air rebusan daun jambu batu digunakan sebagai ubat cacing.

(7) Kulit dan daun juga digunakan sebagai emenagog (emmenagogue) bagi merangsang pengeluaran haid.

(8) Di Perak, kulit dan daunnya digunakan semasa melahirkan anak untuk mengeluarkan uri.

(9) Buah ini dipercayai dapat mengurangkan atau menghalang hipertensi, tekanan darah tinggi dan selesema.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 Tinta Maya Cekgu Qaseh. Designed by Cute Templates Blogger.
Thanks to: Link 1, Link 2, Link 3.