Sunday 20 November 2011

Apakah Kaedah Penanaman Durian?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2K4s2OcPHuKPuSz8JByXYKyURWjWgg_hYQMe6qsHJ5WbTPCIUR7pFRrsYtG0HqPF68hPEjr7vM5V5fFMspp1vP0l84X4l4XxxvWFqVcjaofq_N_o8xSQGRNLYSSi5bDzKx1Ss06Liu2G8/s400/durianwarso.jpg

Memilih Kawasan

Pilihlah kawasan yang terbuka, lapang dan curam sedikit. Jangan pilih kawasan yang berhampiran rumah, tiang lampu, pokok besar, parit atau pagar. Pokok durian tidak hidup dengan baik di kawasan tanah yang bertakung air.

Tanah

Jenis tanah untuk menanam durian adalah tidak terhad. Tanah Peroi yang kaya dengan bahan organik dan saliran yang baik adalah paling sesuai. 

Menyediakan Kawasan

Bersihkan kawasan daripada semua pokok dan belukar. Bajak tanah 2 kali dan jika tanah kurang subur, gaul tanah tersebut dengan bahan organik seperti tahi lembu. Jarak menanam adalah 40 x 40 kaki.

Menanam

Tanam pada bulan November dan Disember kerana cuacanya lembap.Berikan perlindungan kepada pokok dengan menggunakan pelepah kelapa supaya pokok akan tumbuh lurus, tegak dan tidak rebah apabila ditiup angin.

Penjagaan

Selepas menanam, buat sungkupan atau rimbunan daripada daun-daun kering atau rumput-rumput kering supaya keadaan di bawah pokok akan sentiasa sejuk disamping menjadi penghalang bagi pertumbuhan rumput. Selain itu, daun-daun serta rumput-rumput kering ini akan menjadi baja apabila hancur nanti.

Pembajaan

Baja yang digunakan hendaklah ditaburkan di keliling pokok mengikuti bulatan daun pokok.

Merumput

Durian mempunyai akar rambut pada permukaan tanah. Oleh sebab itu amat penting aktiviti merumput dengan tidak mengganggu kawasan di sekitar pangkal pokok durian. 

Cantasan

Pokok tidak memerlukan cantasan yang banyak. Cantas hanya dahan yang rapat ke pangkal supaya mendapat satu meter tinggi batang yang licin dan dapat menggelakkan keadaan menjadi lembap.






0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 Tinta Maya Cekgu Qaseh. Designed by Cute Templates Blogger.
Thanks to: Link 1, Link 2, Link 3.